15 November 2010

Majlis Penyampaian Sijil Peperiksaan Darjah VI 2009 dan Hadiah Pelajar Terbaik 2010

Al-Hamdullilh, pada petang ini sekolah telah berjaya mengadakan Majlis Penyampaian Sijil SSSRU & Hadiah kepada Murid-murid darjah VI 2009, Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik 2010, Hadiah Galakan, Hadiah Murid-murid yang berjaya memasuki Sekolah Arab 2011 dan Hadiah bagi Kategori Kehadiran Terbaik 2010.

Majlis ini telah berlangsung di dewan SR HMS Sg Hanching kira-kira jam 2.30 petang. Majlis telah dimulakan degan Bacaan Surah Al-Fatihah. Majlis disusuli dengan Ucapan Alu-aluan oleh Guru Besar Sekolah, Cikgu Dk Rafidah binti Pg Hj Metahir.

Penyampaian Hadiah kepada penerima-penerima telah disampaikan oleh Guru Besar Sekolah Selaku Pengerusi Majlis Tersebut.

Bagi memberkati Majlis ini, bacaan Doa Selamat telah dibacakan oleh Cikgu Ahmad Hamdi HMD.

Majlis ini telah berakhir pada jam 3.15 petang.





24 October 2010

Penerima Hadiah Peraduan Tulisan Jawi Senegara 1431H / 2010M

Al-hamdullilah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T di atas kurnianya dan hidayahnya kepada hamba-hambanya.


Sekali lagi penerima hadiah saguh hati Peraduan Tulisan Jawi Senegara bagi tahun 1430H bersamaan 2009M menerima hadiah saguh hati bagi tahun 1431H / 2010M baru-baru ini yang bertempat di Dewan Pusat Dakwah Islamiah, Berakas.

Penerima ini ialah Nurul Aiman Zahidah binti Ahmad Helmi yang masa ini belajar Darjah II di Sekolah Ugama HMS Sg. Hanching, Brunei II.

Peraduan seumpama ini memberikan suntukan dan semangat kepada murid-murid agar menguasai teknik menulis tulisan jawi dengan baik dan cantik.

Pihak Sekolah amat berbesar hati di atas kejayaan beliau buat kali kedua berturut-turut. Pihak sekolah khususnya Bahagian Aktiviti dan Kegiatan Sekolah akan terus memantau dan memeduli penglibatan murid-murid khususnya Peraduan yang dikelolakan oleh Bahagian Ko-Kurikulum Jabatan Pengajian Islam.

01 October 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Guru 2010

" Kami Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Hari Guru Kepada Guru-Guru Sekolah Ugama Haji Mohd Salleh Sungai Hanching.... "

{ Kata-kata yang telah dilafazkan oleh murid-murid sewaktu membuat Persembahan sempena Majlis yang dibuat ini.. }

" Hari Pertama Masuk Ke Sekolah ", " Lagu Hari Raya " adalah diantara lagu yang telah dipersembahkan oleh murid-murid.

Majlis ini telah diadakan pada hari Khamis, 30/09/2010. Majlis ini bermula pada jam 2.45 petang, antara lain perkara yang diisi pada majlis petang ini ialah Persembahan Setiap Kelas, Pakaian Tercantik bagi murid-murid, Cabutan Nama Bertuah dan Games Puzzles bagi guru dan murid-murid.

Majlis telah berakhir pada jam 5.00 petang.

30 September 2010

Majlis Khatam Al-Quran Darjah VI 2010

Gabungan Majlis Khatam Al-Quran Murid-Murid Darjah VI 2010
Sekolah Ugama Haji Mohd Salleh Sungai Hanching
&
Sekolah Ugama Dato Othman Lambak Kiri

Bertempat : Masjid Kampong Lambak Kiri
Pada : 28hb September 2010 bersamaan dengan 19 Syawal 1431H
Hari : Selasa
Jam : 1.00 petang.

Tetamu Khas Majlis
Yang Mulia Cikgu Hj Japar bin Hj Ibrahim
Pegawai Pengajian Islam,
Kawasan Brunei II,
Jabatan Pengajian Islam,
Kementerian Hal Ehwal Ugama,
Negara Brunei Darussalam.


Keramaian Peserta Khatam SU HMS Sg Hanching : 19 Orang
Keramaian Peserta Khatam SUDO Lambak Kiri : 37 Orang

10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin
Ikhlas Daripada Guru-Guru Sek Ugama HMS Sg Hanching

01 September 2010

Ramadhan Bulan Penuh Kerahmatan

Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1431H / 2010M

Segala puji bagi Allah SWT kerana taufiq dan hidayahnya, telah mengizinkan kita mengisi dan menghidupkan Ramadhan ini dengan perkara yang bermanfaat.

Setiap amalan yang kita perbuat di dalam bulan ini akan diberi ganjaran sebanyak tujuh puluh amalan fardhu. Sepatutnya kita merenung sejenak mengenai amalan ibadah kita pada bulan yang penuh Mubarak ini.

Jadi, dalam bulan yang penuh keindahan ini, sekolah ini telah menyusun beberapa program di samping program yang telah disediakan oleh JPI. di antaranya ialah, membaca Al-Quran sebanyak 30 Juz'. Sepanjang minggu pertama hingga ketiga persekolahan, murid-murid telah dibahagikan mengikut kategori iaitu, Kategori Alif/Ba sebanyak 3 muka surat sehari, kategori Jim sebanyak 3 muka surat dan kategori Dal sebanyak 1 muka surat. Sepanjang program berjalan, guru-guru mentasmi' atau mendengar bacaan murid-murid secara bergilir-gilir.

Al-Hamdullilah, pada hari ini, Majlis Khatam sempena program tersebut telah diadakan. Ianya berlangsung di Masjid Kampong Sungai Hanching. Acara bermula pada jam 1.00 petang.Acara tersebut telah dihadiri oleh semua guru-guru dan tenaga pengajar termasuk Guru Besar sekolah, Cikgu Dk Rafidah binti Pg Hj Metahir. Acara aktiviti hari ini berakhir pada jam 2.00 petang.






27 March 2010

Muat Turun @Download Melalui On-Line

Sekolah telah membuat satu lagi kemudahan khususnya kepada rakan sekolah iaitu Memuat turun atau Download di dalam talian. Ianya mudah digunakan dan senang.

Pada Hari ini, dua sahaja yang boleh dimuat turun iaitu jadual waktu bagi setiap kelas dan Kalendar Sekolah Tahun 2010.

Awda hanya perlu menekan pada tanda "Kelas" yang mana awda kehendaki.

 
Terima kasih di atas kesudian awda singgah untuk memasuki Laman Web Rasmi Sekolah ini